Sunday, 11 November 2012
KELAS PEMBELAJARAN BAGI PERSIAPAN PEPERIKSAAN RAE 2012-2
2hb Dis 2012
Jam 9.00am
Taman Putra Perdana, Puchong
Bayaran RM30
Pendaftaran awal digalakkan
Hubungi En Rauf 0142680495
Wednesday, 5 September 2012
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa GRAP Rescue, V 56( LaNuN
bLuEs @ D360) bersama CCM, Menjemput Semua warga GRAP Rescue dan Rakan-rakan HAM tidak
kira dari Kormisel atau Amatur untuk menghadiri Majlis Jamuan Hari
Raya seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 08 Sepetember 2012(Sabtu)
Masa : 8.00 pm -12.00 am
Bertempat : Flat Proton Seksyen 27 Shah Alam.(LOKALAN 9W2EDK)
Tujuan majlis ini adalah untuk kita bersama-sama menyambut hari raya disamping mengenal satu sama lain dan mengeratkan silaturahim..... insyallah.
Tarikh : 08 Sepetember 2012(Sabtu)
Masa : 8.00 pm -12.00 am
Bertempat : Flat Proton Seksyen 27 Shah Alam.(LOKALAN 9W2EDK)
Tujuan majlis ini adalah untuk kita bersama-sama menyambut hari raya disamping mengenal satu sama lain dan mengeratkan silaturahim..... insyallah.
Mana-mana rakan yang ingin menyumbang sedikit makanan amat digalakan dan dialu-alukan.tidak kira kuih muih raya atau apa sahaja yang ingin di bawa.
Thursday, 9 August 2012
Keputusan RAE
Dimaklumkan bahawa keputusan RAE telah pun dikeluarkan oleh pihak SKMM. Sila semak keputusan anda di pautan yang diberikan.
Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi bagi mereka yang tidak berjaya.
semak keputusan RAE
Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi bagi mereka yang tidak berjaya.
semak keputusan RAE
Monday, 9 July 2012
PENGUMUMAN PENTING!
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli GRAP! Stesen pengulang kami sekarang sedang mengalami beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, Pihak pengurusan akan beusaha untuk membaik pulihkan semula stesen pengulang ini secepat mungkin. Jika ada sebarang perubahan dalam masa terdekat, pihak pengurusan akan memgumumkan kepada semua ahli melalui laman blog ini atau media penghantaran pesanan ringkas. Terima Kasih diatas kesabaran anda. 73!
Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli GRAP! Stesen pengulang kami sekarang sedang mengalami beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, Pihak pengurusan akan beusaha untuk membaik pulihkan semula stesen pengulang ini secepat mungkin. Jika ada sebarang perubahan dalam masa terdekat, pihak pengurusan akan memgumumkan kepada semua ahli melalui laman blog ini atau media penghantaran pesanan ringkas. Terima Kasih diatas kesabaran anda. 73!
Sunday, 8 July 2012
Thursday, 5 July 2012
JUALAN BARANGAN RADIO AMATUR
Kami akan mengadakan jualan peralatan radio amatur di sebuah tapak jualan di karnival yang akan diadakan di Pajam Nilai. Kami juga akan membuka kaunter pendaftaran ahli baru buat pertamakalinya secara umum untuk semua. sila rujuk gambar yang disertakan bagi informasi lokasi tapak karnival tersebut.
Thursday, 28 June 2012
Tahniah kepada 9W2OIT!
Tahniah kepada saudara Obliza bin Ahmad :9W2OIT (OBI) kerana isteri beliau telah selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata dihospital HUKM. Di kesempatan ini pihak pengurusan GRAPS mengucapkan tahniah sekali kepada anda. ceriooo.....73!
Tuesday, 26 June 2012
SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN RAE 2012
Gabungan Rakan Amatur Puchong, Selangor (GRAP) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan RAE 2012 kepada semua yang mendudukinya terutama kepada ahli GRAP. Semoga ianya dapat dilakukan dengan cemerlang.
Ikhlas dari Pengurusan GRAP Rescue
Ikhlas dari Pengurusan GRAP Rescue
Friday, 25 May 2012
SEMAKKAN PENDAFTARAN RAE 2012
Sila ke laman web dibawah untuk semakkan kelulusan pendaftaran anda untuk menduduki peperiksaan RAE 2012.
Admin
GRAP Rescue
Sunday, 20 May 2012
KELAS RAE 2012
Kami akan mengadakan kelas persiapan bagi menduduki peperiksaan RAE tahun 2012
Sila rujuk maklumat di ruangan Aktiviti kami
Terima Kasih
Sila rujuk maklumat di ruangan Aktiviti kami
Terima Kasih
Tuesday, 10 April 2012
Alat Pemadam Api
Kaedah Penggunaan Pemadam Api Mudah Alih |
P- PULL (CABUT) Cabut pin untuk melepaskan tuil. |
A- AIM (HALA) Hala nozel atau hos ke dasar api. |
S- SQUEEZE (TEKAN) Tekan tuil di atas pemegang untuk bahan pemadam. Untuk menghentikan bahan dari keluar, lepaskan tuil. |
S- SWEEP (SAPU) Gerakan nozel atau hos kekiri kanan. Bergerak ke arah api dengan cermat. |
Sebelum Melawan Api |
Sebelum melawan api, pastikan
Bila api telah padam, jaga kawasan api dan sedia untuk mengulangi langkah-langkah itu jika api hidup semula. Minta jabatan bomba untuk membuat siasatan terperinci walau anda telah memadamkan api. Pastikan anda mendapat informasi dan arahan dari pembekal berkenaan dengan penggunaan alat pemadam api sebelum anda menggunakannya. |
Kelas-Kelas Api |
KELAS-KELAS API Umumnya, terdapat lima kelas api yang berlaku di rumah. Alat pemadam api dengan simbol piawai dan huruf kelas-kelas api ia boleh digunakan. Api Kelas 'A': Api Kelas 'B':Bahan-bahan boleh terbakar biasa, seperti kayu, pakaian, kertas, getah, kebanyakan plastik, dan lain-lain bahan mudah terbakar. Cecair boleh terbakar. Termasuk gasolin, minyak, pelincir, tar, cat minyak, pelincir, dan gas mudah terbakar. Api Kelas 'C': Termasuk cecair boleh terbakar seperti minyak tanah, minyak dan sesetengah cat dan pelarut. Api Kelas 'D': Logam boleh terbakar. Termasuk magnesium, aluminium, lithium dan lain logam atau abuk logam boleh terbakar. Api kelas 'E': Peralatan bercas letrik. |
Monday, 9 April 2012
Yang Dipertuan Agong ke 14
Alhamdulillah.. Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam telah diisytihar oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14.
Walaupun Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim sudah berumur 83 tahun, tapi masih mantap lagi. Kalau sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke 5 antara tahun 1970 hingga 1975. Cuma disebabkan panjang usia Baginda, tercipta satu sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.
Kita doakan sahaja kesihatan dan dipanjangkan usia Sultan Kedah ini sepanjang bergelar Yang Dipertuan Agong ke 14 ini supaya masih boleh lakukan tugas-tugas dengan baik. Ini sedkit biodata baginda Sultan Kedah :
- Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
- Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
- Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.
GRAP RESCUE Mengucapkan TAHNIAH... dan
DAULAT TUANKU!!…
DAULAT TUANKU!!… DAULAT TUANKU!!..
DAULAT TUANKU!!…
DAULAT TUANKU!!… DAULAT TUANKU!!..
CHECK NET SEMPENA HARI PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG
Assalamualaikum..sukacita dimaklumkan bahawa RAKL akan mengadakan satu sesi check net bersempena Hari Pertabalan DYMM YANG DIPERTUAN AGONG pada:
Tarikh:10hb April 2012
Hari: Selasa malam Rabu
Masa: 9pm
Frekuansi: 147.650 -600 233.6
Acara check net ini akan dikendalikan oleh:
9W2 SOQ (SC3 OB1) &
9W2 YBJ (SC3 AZZ)
Tarikh:10hb April 2012
Hari: Selasa malam Rabu
Masa: 9pm
Frekuansi: 147.650 -600 233.6
Acara check net ini akan dikendalikan oleh:
9W2 SOQ (SC3 OB1) &
9W2 YBJ (SC3 AZZ)
Monday, 12 March 2012
ASET Training (PELUANG LATIHAN SECARA PERCUMA)
ASET (Accelerated Skills Enhancement Training)
- Lepasan SKM? (Sijil Kemahiran Malaysia)
- Bekerja?
- Ingin meningkatkan tahap kemahiran?
DAFTAR SEGERA UNTUK KURSUS KEMAHIRAN SEPARUH MASA!!
TEMPAT TERHAD!
KURSUS YANG DITAWARKAN.
ELEKTRONIK INDUSTRI TAHAP 3
- Tempoh : 8 bulan sahaja
- kelayakan: SKM tahap 2 didalam bidang berkaitan
- berumur 45 tahun kebawah.
ELEKTRONIK INDUSTRI TAHAP 4
- tempoh: 8 bulan sahaja
- kelayakan: SKM tahap 3 didalam bidang berkaitan
- berumur 45 tahun ke bawah
MEKATRONIK TAHAP 4
- tempoh: 8 bulan
- kelayakan: SKM tahap 3
- berumur 45 tahun ke bawah
OPPS! LUPA PULA, ELAUN JUGA DIBERIKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN SEBANYAK RM200...
HUBUNGI: 017 661 7672 (SHAHRIDZ ASBI)
HUBUNGI: 017 661 7672 (SHAHRIDZ ASBI)
Wednesday, 25 January 2012
Semakan RAE Siri 2 2011
Tahniah! kepada calon yang telah menduduki peperiksaan RAE yang diadakan pada December 15, 2011 | 2.00 PM, kepada yang tidak berjaya , jangan putus asa, cuba lagi pada masa akan datang. Semakan boleh dibuat di pautan dibawah, TAHNIAH DARI GRAP!
https://sems.skmm.gov.my/sems/applicantregistrations/checkstatus
https://sems.skmm.gov.my/sems/applicantregistrations/checkstatus
Sunday, 15 January 2012
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012
Kami warga pengurusan GRAP Rescue ingin mengucapkan kepada semua yang menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini membawa keceriaan dan kekayaan kepada semua. Kepada yang lain kami mengucapkan Selamat Bercuti dan dipenuhi dengan keriangan bersama keluarga tersayang.
Pesanan dari GRAP Rescue semasa anda bercuti.
Pastikan Rumah anda dikunci sebelum meninggalkan rumah untuk bercuti.
Pandulah dengan berhati-hati dan mengikut peraturan jalanraya.
Rancanglah perjalanan anda agar semuanya berjalan lancar.
SELAMAT TAHUN BARU CINA
Pesanan dari GRAP Rescue semasa anda bercuti.
Pastikan Rumah anda dikunci sebelum meninggalkan rumah untuk bercuti.
Pandulah dengan berhati-hati dan mengikut peraturan jalanraya.
Rancanglah perjalanan anda agar semuanya berjalan lancar.
SELAMAT TAHUN BARU CINA
2011
Khas Dari
GRAP Rescue
Khas Dari
GRAP Rescue
Sunday, 8 January 2012
2m Net ASTRA
Pihak pengurusan GRAP ingin mengucapkan tahniah kepada anggota GRAP yang telah dilantik menjadi pengawal rangkaian di 2m Net ASTRA Linking pada 8/1/2012 jam 10.00am-11.30am.
Net Controller: 9W2WZT (Shah)
Dibantu Oleh:
Teknikal - 9W2CMO (Asbi)
Network System - 9W2RLX (Rauf)
Terima Kasih kepada semua.
Pengurusan GRAP
Net Controller: 9W2WZT (Shah)
Dibantu Oleh:
Teknikal - 9W2CMO (Asbi)
Network System - 9W2RLX (Rauf)
Terima Kasih kepada semua.
Pengurusan GRAP
Thursday, 5 January 2012
Sesi "Eyeball" GRAP Rescue bersama rakan-rakan dari V56
GRAP Rescue mengucapkan Terima Kasih kepada semua yang hadir terutama rakan-rakan dari V56, Putrajaya dan Puchong.
Wednesday, 4 January 2012
SELAMAT TAHUN BARU 2012
GRAP Rescue
ingin mengucapkan
"Selamat Tahun Baru 2012"
kepada semua warga Grap, Rakan Amatur dan semua Warganegara Malaysia.
TQ,
GRAP Rescue
Management
Management
Subscribe to:
Posts (Atom)