Alhamdulillah.. Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam telah diisytihar oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14.
Walaupun Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim sudah berumur 83 tahun, tapi masih mantap lagi. Kalau sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke 5 antara tahun 1970 hingga 1975. Cuma disebabkan panjang usia Baginda, tercipta satu sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.
Kita doakan sahaja kesihatan dan dipanjangkan usia Sultan Kedah ini sepanjang bergelar Yang Dipertuan Agong ke 14 ini supaya masih boleh lakukan tugas-tugas dengan baik. Ini sedkit biodata baginda Sultan Kedah :
- Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
- Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
- Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.
GRAP RESCUE Mengucapkan TAHNIAH... dan
DAULAT TUANKU!!…
DAULAT TUANKU!!… DAULAT TUANKU!!..
DAULAT TUANKU!!…
DAULAT TUANKU!!… DAULAT TUANKU!!..
No comments:
Post a Comment