Tuesday, 10 April 2012

Alat Pemadam Api

Kaedah Penggunaan Pemadam Api Mudah Alih


P- PULL (CABUT)
Cabut pin untuk melepaskan tuil.


A- AIM (HALA)
Hala nozel atau hos ke dasar api.


S- SQUEEZE (TEKAN)
Tekan tuil di atas pemegang untuk
bahan pemadam. Untuk menghentikan
bahan dari keluar, lepaskan tuil.


S- SWEEP (SAPU)
Gerakan nozel atau hos kekiri kanan.
Bergerak ke arah api dengan cermat.
Sebelum Melawan Api
Sebelum melawan api, pastikan
  1. Anda tahu menggunakan pemadam api.
  2. Mengenalpasti alat pemadam api yang sesuai dengan api itu.
  3. Api itu kecil, terbatas dan tidak merebak.
  4. Terdapat tangga turun yang tidak berhalangan atau laluan keluar.
  5. Semua orang telah meninggalkan kawasan, amaran api telah dibunyikan dan jabatan bomba telah dipanggil.
Bila api telah padam, jaga kawasan api dan sedia untuk mengulangi langkah-langkah itu jika api hidup semula.
Minta jabatan bomba untuk membuat siasatan terperinci walau anda telah memadamkan api.
Pastikan anda mendapat informasi dan arahan dari pembekal berkenaan dengan penggunaan alat pemadam api sebelum anda menggunakannya. 


 






Kelas-Kelas Api
 

KELAS-KELAS API

Umumnya, terdapat lima kelas api yang berlaku di rumah. Alat pemadam api dengan simbol piawai dan huruf kelas-kelas api ia boleh digunakan.

    
 
 
 
 
Api Kelas 'A':
Bahan-bahan boleh terbakar biasa, seperti kayu, pakaian, kertas, getah, kebanyakan plastik, dan lain-lain bahan mudah terbakar.
Api Kelas 'B':
Cecair boleh terbakar. Termasuk gasolin, minyak, pelincir, tar, cat minyak, pelincir, dan gas mudah terbakar.
Api Kelas 'C':
Termasuk cecair boleh terbakar seperti minyak tanah, minyak dan sesetengah cat dan pelarut.
Api Kelas 'D':
Logam boleh terbakar. Termasuk magnesium, aluminium, lithium dan lain logam atau abuk logam boleh terbakar.
Api kelas 'E':
Peralatan bercas letrik.

Monday, 9 April 2012

Yang Dipertuan Agong ke 14




Alhamdulillah.. Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam  telah diisytihar oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14. 

Walaupun Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim sudah berumur 83 tahun, tapi masih mantap lagi. Kalau sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke 5 antara tahun 1970 hingga 1975. Cuma disebabkan panjang usia Baginda, tercipta satu sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Kita doakan sahaja kesihatan dan dipanjangkan usia Sultan Kedah ini sepanjang bergelar Yang Dipertuan Agong ke 14 ini supaya masih boleh lakukan tugas-tugas dengan baik. Ini sedkit biodata baginda Sultan Kedah :
  • Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
  • Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
  • Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.
GRAP RESCUE Mengucapkan TAHNIAH... dan

DAULAT TUANKU!!…
DAULAT TUANKU!!… DAULAT TUANKU!!..

CHECK NET SEMPENA HARI PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG

Assalamualaikum..sukacita dimaklumkan bahawa RAKL akan mengadakan satu sesi check net bersempena Hari Pertabalan DYMM YANG DIPERTUAN AGONG pada:

Tarikh:10hb April 2012
Hari: Selasa malam Rabu
Masa: 9pm
Frekuansi: 147.650 -600 233.6

Acara check net ini akan dikendalikan oleh:

9W2 SOQ (SC3 OB1) &
9W2 YBJ (SC3 AZZ)