Sila gunakan ruangan GRAP Chat untuk membuat sebarang pertanyaan, pihak kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Terima Kasih
GRAP Management
Tuesday, 20 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
RAE Exam - 15 Dis 2001
GRAP Rescue ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang menduduki peperiksaan RAE 2011 pada 15hb Dis 2001 ini. Diharap semua dapat buat dengan cemerlang.
Makluman kepada semua. setelah anda berjaya didalam peperiksaan ini nanti kami di GRAP Rescue mengalu-alukan kedatangan anda sebagai ahli GRAP dimana kami disini telah menyediakan beberapa perancangan bagi semua ahli GRAP pada tahun hadapan (2012).
Akhir kata kami sekali lagi mengucapkan semoga berjaya didalam peperiksaan itu nanti.
Makluman kepada semua. setelah anda berjaya didalam peperiksaan ini nanti kami di GRAP Rescue mengalu-alukan kedatangan anda sebagai ahli GRAP dimana kami disini telah menyediakan beberapa perancangan bagi semua ahli GRAP pada tahun hadapan (2012).
Akhir kata kami sekali lagi mengucapkan semoga berjaya didalam peperiksaan itu nanti.
Phak Pengurusan
GRAP Rescue
Thursday, 17 November 2011
BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DIPERLUKAN
Anda sedia maklum bahawa musim hujan sudah bermula dan kami GRAP Rescue sedang membuat persiapan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir khususnya di Perlis dan Kelantan. Beberapa mesyuarat perlaksanaan persediaan bencana banjir sedang dilakukan dan kami memohon kepada sesiapa warga GRAP atau sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan untuk tampil kehadapan. Kami juga memohon kepada mereka yang ingin bertugas secara sukarela selama 3 hari di lokasi kejadian.
Butiran adalah seperti dibawah:
Bentuk bantuan yang diperlukan: Sumbangan makan dan minum, pakaian, keperluan asas, sumbangan kewangan.
Bagi petugas sukarela dilokasi:
Bantuan "First Aid", Petugas Logistik dan petugas bantuan lain.
Kami akan mendirikan base station di lokasi dan akan bekerjasama dengan beberapa agensi terlibat.
Tarikh: Akan diberitahu secepat mungkin
Tempat: PERLIS & KELANTAN
Pengangkutan: Kenderaan disediakan (Minyak Tol: Perlu sumbangan dari peserta)
Tempat tinggal: Khemah
Wednesday, 16 November 2011
TIPS: KESELAMATAN DIJALAN RAYA
Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:
8 Petua Keselamatan Jalan Raya
1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram,
tangguhkan perjalanan.
2. Ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragakagak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.
9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.
10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.
11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.
12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.
13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.
14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan
nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)
15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .
16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.
8 Petua Keselamatan Jalan Raya
1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Semoga dengan petua dan langkah-langkah keselamatan ini, kita akan lebih bersedia untuk menempuh perjalanan. Jangan terburu-buru di jalan raya kerana yang penting anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat.
TIPS: TANAH RUNTUH Atau GEMPA BUMI
TANAH RUNTUH
Tanah runtuh boleh mengancam kesihatan dan keselamatan seperti berikut:
- Aliran air deras dan sisa serpihan boleh mengakibatkan pelbagai trauma
- Saluran elektrik, air, gas dan pembetungan yang pecah boleh mengakibatkan kecederaan atau jangkitan penyakit
- Jalan raya dan laluan keretapi yang musnah boleh membahayakan pemandu kenderaan dan merosakkan sistem pengangkutan
Kawasan Berisiko Tinggi
- Kawasan yang telah diubahsuai lalu merosakkan struktur tanah
- Kawasan pernah berlaku tanah runtuh sebelumnya
- Lereng curam dan kawasan di bawah lereng
- Lereng yang telah diubahsuai untuk pembinaan bangunan atau jalan raya
- Aluran sungai
Apa yang boleh dilakukan...
Sebelum hujan lebat dan ribut
- Ketahui sama ada tanah runtuh pernah terjadi dengan menghubungi pihak berkuasa tempatan kawasan anda
- Hubungi pihak berkuasa tempatan anda dan dapatkan maklumat mengenai pelan kecemasan dan mengosongkan rumah
- Buat pelan kecemasan dan pengosongan rumah untuk keluarga dan perniagaan anda
- Rancang pelan komunikasi sewaktu kecemasan kalau-kalau ahli keluarga terpisah
- Jika anda tinggal di dalam kawasan tanah runtuh, pertimbangkan untuk berpindah ke kawasan lain
Sewaktu hujan lebat dan ribut
- Dengar radio atau tonton TV untuk sebarang amaran tentang hujan lebat atau maklumat dan arahan daripada pegawai penguatkuasa
- Awasi paras air yang mendadak tinggi atau rendah di sungai atau anak sungai yang boleh menunjukkan aliran sisa serpihan dari kawasan hulu sungai
- Perhatikan jikalau ada pokok, tiang telefon, pagar atau dinding yang senget atau condong, lubang-lubang baru dan kawasan terdedah pada lereng bukit
- Dengar bunyi deram-derum yang mungkin menandakan tanah runtuh yang semakin hampir
- Berhati-hati sewaktu memandu. Jalan raya mungkin disekat atau ditutup akibat runtuhan di permukaan jalan berturap atau sisa serpihan
- Jika bahaya tanah runtuh atau aliran sisa serpihan sangat besar, cepat keluar dari laluan runtuhan tersebut. Berpindah ke tempat lebih tinggi adalah perlindungan terbaik. Jika dihampiri aliran batu dan sisa serpihan, lari untuk berlindung (seperti di bawah meja atau perabut yang kukuh)
Selepas tanah runtuh atau aliran sisa serpihan
- Jauhi dari kawasan tersebut. Banjir atau runtuhan susulan boleh terjadi selepas tanah runtuh
- Periksa sesiapa yang tercedera atau terperangkap berhampiran kawasan tersebut. Jika boleh, beri bantuan tanpa memasuki laluan tanah runtuh
- Dengar radio atau TV untuk sebarang maklumat kecemasan
- Laporkan sebarang kerosakan saluran utiliti kepada pihak berkuasa
GEMPA BUMI
Tiada sebarang amaran bila gempa bumi akan berlaku. Bagi memastikan anda telah bersedia, anda seharusnya:
- Letakkan objek-objek berat di bahagian bawah perabut supaya tidak mudah jatuh apabila berlaku gempa bumi
- Jika anda tinggal di kawasan yang terdedah kepada bahaya gempa bumi, pastikan rumah anda mempunyai asas yang kukuh
Sewaktu kejadian gempa bumi:
- Jangan keluar dari rumah. Jika anda berada di luar, jauhi daripada bangunan tinggi dan wayar elektrik
- Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau kerusi yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut
- Jauhi dari tingkap, perabut berat, cermin dan benda yang boleh jatuh dan cederakan anda
- Jika anda memandu sewaktu gempa bumi, berhentikan kereta jika ia selamat. Duduk di dalam kereta sehingga gempa bumi berhenti serta jangan memandu berhampiran jambatan atau terowong. Jangan berhenti di bawah wayar elektrik, tiang lampu, papan tanda atau pokok
- Awasi objek-objek yang jatuh. Kebanyakan orang cedera disebabkan objek yang terjatuh sewaktu gempa bumi
- Jangan guna mancis, pemetik api atau lilin. Jika terdapat gas yang bocor, anda boleh menyebabkan kebakaran atau letupan
- Jangan guna lif. Kemungkinan tenaga elektrik akan terputus di sebabkan gempa bumi dan anda akan terperangkap di dalam lif
Selepas gempa bumi, berikut adalah apa yang anda patut lakukan:
- Periksa diri anda dan orang lain jikalau ada kecederaan. Jika talian telefon tidak berfungsi, guna telefon mudah alih untuk hubungi 999 jika bantuan kecemasan diperlukan
- Periksa jika talian elektrik dan saluran air rosak. Tutup suis utama dan paip jika rosak
- Jauhi dari bangunan dan kawasan yang rosak. Anda mungkin tercedera oleh kaca pecah dan sisa serpihan
- Dengar maklumat terkini di radio
Di mana boleh dapatkan maklumat lanjut?
- Jabatan Meteorologi Malaysia menyediakan amaran awal tentang kemungkinan berlakunya fenomena cuaca buruk dan keadaan laut bergelora di samping menyediakan maklumat segera berkenaan gempa bumi di sekitar Malaysia
TIPS: BANJIR Dan RIBUT
BANJIR
Sebelum banjir, pastikan anda telah membuat persediaan:
Sebelum banjir, pastikan anda telah membuat persediaan:
- Ketahui pelan kecemasan komuniti di tempat anda, isyarat amaran, laluan menyelamatkan diri dan lokasi pusat pemindahan
- Pasang injap atau palam penyumbat pada parit, tandas dan saluran air lain untuk menghalang kemasukan air banjir
- Sediakan kit bekalan kecemasan dan dengar radio atau TV untuk sebarang maklumat
- Jangan simpan barangan berharga di tingkat bawah rumah. Ia boleh rosak sewaktu kejadian banjir
- Pastikan peti suis dan meter utiliti di rumah anda diletakkan di tempat tinggi atau melebihi paras banjir
- Tutup semua suis utiliti jika terpaksa berpindah
- Isi air bersih ke dalam takungan/ tab mandi, sinki dan botol plastik
- Bawa masuk ke dalam rumah atau ikat dengan ketat barangan luar rumah seperti perabut taman dan tong sampah
- Isikan kereta dengan minyak petrol penuh dan pastikan kit kecemasan kereta dalam keadaaan baik
- Jika tiada kenderaan, hubungi saudara mara atau rakan untuk menumpang
- Letakkan haiwan peliharaan dan belaan di tempat selamat. Pusat pemindahan tidak membenarkan haiwan atas sebab kesihatan
- Laraskan suhu peti ais pada paling sejuk
- Dapatkan insuran banjir
Bila banjir berlaku:
- Keluar dari rumah dan berpindah segera jika diarahkan oleh pihak berkuasa
- Bawa barangan yang sedikit bersama anda
- Keluarkan palam/plag dari semua peralatan elektrik bagi mengelak kejutan elektrik apabila tenaga elektrik disambungkan semula nanti
- Patuhi laluan menyelamatkan diri
- Berpindah ke kawasan tinggi serta merta
- Jangan memandu kenderaan melalui air banjir. Kereta akan mudah dibawa air deras
Selepas kejadian banjir:
- Elakkan dari mendapat jangkitan penyakit. Basuh tangan anda dengan sabun dan air yang telah dijerang atau dibersihkan sebelum menyedia makanan atau makan, selepas mengguna tandas, selepas membersihkan makanan dan selepas memegang barangan yang telah dicemari oleh air banjir
- Pastikan makanan anda selamat untuk dimakan:
o Jangan makan makanan yang telah dicemari oleh air banjir
o Guna makanan dalam tin yang tidak memerlukan bancuhan air untuk bayi (seperti susu yang perlu dibancuh dengan air terlebih dahulu)
o Buang makanan dalam peti sejuk yang telah terdedah kepada suhu bilek melebihi dari dua jam dan yang telah berbau, bertukar warna atau bentuk
- Pastikan air minuman bersih:
o Jangan guna air yang telah dicemari untuk membasuh pinggan, memberus gigi, membasuh dan menyediakan makanan, membasuh tangan, membuat ketul ais atau membancuh susu bayi. Anda boleh guna pencuci berasaskan alkohol bagi membasuh tangan
o Jika anda guna air dari botol, pastikan ia dari sumber yang selamat. Jika anda tidak tahu sumber air, jerang air atau rawati air tersebut sebelum mengguna
o Menjerang air selama satu minit boleh menghapuskan kebanyakan dari kuman
- Mengendali Haiwan:
- Banyak haiwan liar terpaksa lari dari habitat mereka di samping haiwan peliharaan yang kehilangan rumah selepas banjir. Jagalah haiwan-haiwan ini dengan baik
- Jangan cuba menakut-nakut atau menangkap haiwan-haiwan ini
- Jika ada haiwan yang perlu dipindahkan, hubungi pejabat haiwan berhampiran kawasan anda.
- Jika anda dipatuk ular, dapatkan bantuan perubatan. Cuba pastikan juga jenis ular supaya penawar bisanya dapat diberi
- Mengendali Tenaga Elektrik dan Utiliti:
- Tutup saluran tenaga elektrik dan gas bagi mengelakkan kejutan elektrik, api dan letupan
- Guna lampu suluh dan bukannya lilin, pelita atau obor. Jika anda terbau atau mengsyaki gas bocor, tutup gas, buka semua tingkap dan tinggalkan rumah segera
- Beritahu balai bomba serta jangan buka lampu atau lakukan sesuatu yang boleh menyebabkan percikan api
- Elakkan talian elektrik yang tumbang/ terjatuh, terutamanya di dalam air. Semua peralatan elektrik mestilah dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Minta juruelektrik bertauliah periksa peralatan ini jika ragu-ragu
- Membersih Rumah:
- Dinding, lantai dan permukaan rumah mestilah dicuci dengan sabun dan air yang bercampur bahan peluntur dengan campuran 1 cawan peluntur kepada 20 liter air
- Basuh kain dan langsir dalam air panas atau cuci-kering
- Barangan yang tidak boleh dicuci seperti tilam dan sofa hendaklah dijemur pada matahari serta disembur dengan bahan penyahjangkit
- Permaidani pula boleh di cuci-wap
- Jika ada air kumbahan yang terperangkap di dalam rumah, pakai kasut getah dan sarung tangan kalis air sewaktu kerja membersih
- Buang dan gantikan barangan rumah yang telah dicemari yang tidak lagi boleh dibersihkan seperti kertas dinding dan kain hamparan
Jika dilanda ribut petir, anda mesti:
- Masuk ke dalam rumah! Jika tidak boleh memasuki rumah atau bangunan berdekatan, duduk di dalam kereta anda dan tutup tingkap. Jika tidak berada di sisi kereta, cari tempat rendah untuk berlindung. Elakkan pokok, pagar, tiang atau objek-objek tinggi
- Elakkan air. Jika berada dalam bot atau sedang berenang, segera ke darat dan cari tempat berlindung. Jangan mandi sewaktu ribut petir. Elak menggunakan paip air dan jauhi dari sinki. Tenaga elektrik yang berpunca dari kilat mengalir dengan pantas dalam air dan paip
- Tutup TV dan penyaman udara. Elakkan mengguna telefon melainkan sewaktu kecemasan. Kilat mudah menyambar talian telefon
- Bersedia untuk menghadapi kemungkinan ribut petir. Pastikan rumah anda kukuh dan cukup kuat dari dilanda ribut kuat atau banjir
Di mana boleh dapatkan maklumat lanjut?
- Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia memberi maklumat terkini mengenai banjir dan paras air sungai mengikut negeri
- Jabatan Pertahanan Awam memberi maklumat lebih lanjut mengenai persediaan banjir, pusat permindahan dan kawasan berisiko tinggi
- Jabatan Meteorologi Malaysia menyediakan maklumat ramalan cuaca untuk bandar-bandar utama di samping amaran cuaca seperti angin kencang, ribut dan laut bergelora
TIPS: Rancang Pelan Kecemasan Anda
Amat mudah untuk merancang bagi menghadapi kemungkinan kecemasan. Mulakan hari ini juga! Kita tidak tahu bila bencana akan menimpa, oleh itu sediakan beberapa pelan rancangan. Guna panduan berikut walau di mana anda berada.
Di Rumah
Mulakan dengan mengenalpasti laluan untuk menyelamatkan diri. Lukis pelan rumah dan tandakan pintu-pintu keluar kecemasan. Kemudian pilih dua tempat untuk bertemu: kawasan terdekat di luar rumah dan kawasan di luar kejiranan anda kalau-kalau anda tidak boleh pulang ke rumah. Bergantung kepada jenis kecemasan dan bencana, anda perlu mencari tempat perlindungan di dalam rumah (seperti sewaktu gempa bumi) atau mengosongkan rumah (sewaktu kebakaran).
Perkara-perkara asas yang anda patut ketahui:
* Tutup atau matikan saluran gas, air dan tenaga elektrik
* Lokasi balai bomba, balai polis dan hospital/ klinik di tempat anda
* Tatacara bantuan kecemasan dan kemahiran CPR. Terdapat organisasi seperti Jabatan Pertahanan Awam dan Persatuan Bulan Sabit Merah yang boleh memberi latihan dan tunjuk ajar. Hubungi mereka untuk kelas bimbingan. Anda boleh menyelamatkan nyawa orang lain juga
* Membuat tempat perlindungan sementara, sama ada di dalam rumah atau di luar rumah
Di Tempat Kerja
Majikan anda sepatutnya sudah ada pelan kecemasan – ini sudah ditetapkan oleh undang-undang. Pelan kecemasan bercetak / bertulis ini menggariskan arah laluan kecemasan, bagaimana untuk mengunci pejabat dan mana hendak dituju. Tanya pihak pengurusan jika anda belum mengetahui. Lebih baik juga jika anda menyimpan sedikit bekalan kecemasan di tempat kerja.
Di Sekolah
Jika bencana kecemasan berlaku semasa anak anda sedang berada di sekolah, anda selalunya boleh mendapat maklumat dari radio atau televisyen. Cuba dapatkan cara untuk berhubung dengan anak anda supaya anda boleh mengambil mereka dengan selamat. Kalau ada ahli keluarga atau rakan yang boleh mengambil anak anda, dapatkan bantuan mereka. Sama seperti di rumah, pastikan anak anda tahu siapa untuk dipanggil semasa kecemasan. Pastikan anak anda menghafal nombor telefon rumah dan nombor ahli keluarga atau rakan.
Di Dalam Kereta
Jika anda berada di dalam situasi bencana semasa memandu kereta, pastikan anda pergi ke bangunan yang berhampiran seperti rumah, pejabat atau tempat yang biasa anda lawati. Jika ini sukar dilakukan, berhenti di tepi jalan, tutup enjin kereta dan tutup semua tingkap kereta. Cuba cari tempat berlindung seperti di bawah jambatan.
Apa patut disimpan di dalam kereta?
Jika menghadapi bencana semasa memandu, kereta anda akan menjadi tempat perlindungan. Sebagai langkah keselamatan, berikut adalah antara bekalan kecemasan yang boleh disimpan dalam bonet kereta:
* Lampu suluh
* Kain selimut
* Kit kecemasan
* Pita pelekat
* Air (sekurang-kurangnya 4 liter)
* Tanda isyarat bercahaya (road flares)
TIPS: Kawat Penggunaan Isi Rumah
1. Rancangan Pelan Menyelamat Diri i. Lukiskan pelan lantai rumah anda. Tunjukkan 2 laluan keluar selamat. Bincang dengan isi keluarga ii. Lakukan rancangan dan dan bincangkan seisi keluarga di luar rumah 2. Sentiasa Bersedia i. Tunjukkan semua isi rumah, bunyi alat penggera asap ii. Pastikan semua isi rumah mengetahui nombor telefon kecemasan 994 ( Lakukan dari rumah jiran ) iii. Tunjukkan semua isi rumah cara membuka tingkap dan jeriji iv. Pastikan semua jalan keluar bebas daripada halangan 3. Pasang dan selenggarakan alat pengesan asap i. Pasang alat pengesan asap di rumah terutama dalam bilik tidur dan dapur ii. Selenggara dan uji setiap bulan dengan membuat pembersihan iii. Gantikan bateri pada setiap tahun atau jika perlu iv. Gantikan alat setiap 10 tahun 4. Kekerapan latihan i. Berlatihlah setiap dua kali setahun Rancangan Pelan Menyelamat Diri. Lakukan dengan sebaik mungkin seperti kejadian sebenar. ii. Jika tinggal di Apartment / Rumah Pangsa / Rumah Bertingkat a. Apabila terdengar loceng kecemasan, sila bertindak b. Ketahui laluan keluar yang selamat c. Gunakan tangga untuk menyelmat diri d. Jalan keluar yang dikunci atau dihalang, mestilah dilaporklan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia e. Sentiasa patuh kepada arahan pengungsian f. Pihak pengurusan bertanggungjawab menampal rajah laluan selamat di setiap tingkat bangunan. g, Pastikan telefon bimbit sentiasa dibawa. h. Jika terperangkap, tutup semua laluan kemasukan asap dengan kain basah dan beri isyarat kepada umum, lokasi anda i. Anda dinasihatkan tidak untuk naik ke bumbung bangunan ' kecuali ' perlu. 5. Tip-Tip menyelamatkan diri i. Tutup semua pintu laluan, untuk melambatkan kemerebakan kebakaran dan asap ii. Jika terpaksa bergerak dalam asap pastikan kepala anda 2 kaki dari aras lantai. iii. Sebelum membuka pintu, rasa tombol atau daun pintu dengan belakang tangan, jika sejuk buka perlahan-lahan tetapi jika panas, gunakan pintu lain. |
10 CARA MENCEGAH KEBAKARAN 1. Keselamatan Di dapur Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dlama keadaan yang letih atau mengantuk 2. Ruang alat pemanas Letakakan alat pemanas pada jarak 3 kaki atau satu meter daripada sebarang sebarang benda yang mudah terbakar. 3. Perkakas Merokok Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur. 4. Mancis dan Pemetik Api Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak 5. Eelektrik Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan letirk yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas 6. Lilin Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan daripada tiupan angin LENGKAPKAN RUMAH ANDA DENGAN ALAT PENGESAN ASAP 7. Alat Pengesan Asap Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya satu unit alat pengesan asap.Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan keluarga dan amatlah baik disyorkan agar disetiap bilik dipasang alat tersebut 8. Sentiasa Membuat Pemeriksaan Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap tahun sekali. Apabila alat pengesan ini berbunyi menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar dengan segera. Tukarkan alat tersebut setiap 10 tahun sekali. Dapatkan yang mudah alih. TAHUKAN ANDA CARA MENYELAMAT DIRI JIKA BERLAKU KEBAKARAN ? 9. Perancangan untuk melepaskan diri Pastikan setiap rumah mempunyai satu lakaran untuk melepaskan diri dari sebarang kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran. 10. Merangkak di dalam asap Cara yang betul menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama cuba merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua tangan, siku dan lutut. Kedua, pastikan kepala anda 30-60 cm ( kurang daripada2 kaki ) dari aras lantai. |
MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH 1. Mencegah kebakaran di dapur Mencegah kanak-kanak dalam jarak 3 kaki atausatu meter dari kawasan dapur memasak. Jauhkan jugabinatang peliharaan anda sejauh yang mungkin. Mengurangkan risiko kebakaran daripada terkena baju dengan memakai pakaian yang sesuai aatau berlengan pendek atau gulungkan baju yang berlengan panjang semasa memasak. Halakan pemegang peruik ke dalam dengan ini anda tidak terkena pemegang periuk dan kanak-kanak tidak dapat mencapainya. Matikan api dapur dan pembakar anda apabila tidak menggunakannya. Jangan tinggalkan senduk atau perkakas dapur di dalam periuk semasa memasak. Letakakansarung tangan memasak dan pemegang periuk berhampirab ( tetapi bukan di atas ) dapur. Perhatian : Menggunakansarung tangan yang basah boleh mengurangkan risiko kebakaran Minyak dan air : Jangan campakkan makanan sejuk atau basah ke dalam minyak panas ( dalam kuali menggoreng ) tindakan yang kasar akan menyebabkan minyak terpercik. Stim lebih panas daripada air yang dimasak. Buka penutup masakan yang berair dengan berhati-hati untuk mencegah daripada melecur. Semasa kuali dipanaskan, letakkan penutup kuali yang digunakan bersebelahan dapur. Jika kuali yang dimasak disambar api, alihkan penutupnya kemudian padamkan api. Tinggalkan penutup ditempatnya sehingga kuali sejuk. Jangan bawa kuali yang sedang terbakar itu ke singki Jangan curahkan air pada api yang berminyak. Jangan gunakan alat pemadam api untuk semburan pada makanan 2. Air panas Betulkan suhu alat pemanas air kepada 120 Fahrenheit ( 49 C ) atau kurang Buka penyejuk dahulu baru masukkan yang panas 3. Keselamatan Kanak-kanak Kawal kanak-kanak semasa mereka memasak atau apabila mereka berhampiran dengan dapur kayu, kawasan terbakar, gril berbeku dan kawasan panas. Cabut palam seterika dan alihkan selepas digunakan. Pasangkan pelindung keselamatan dan gantikan semua wayar penyambung yang rosak. Ajarlah kanak-kanak bahawa alat-alat seperti pembakar roti, seterika dan peralatan rumah yang lain kadang-kadang boleh menjadi panas. Jauhkan mancis dan pemetik api daripada dicapai oleh kanak-kanak, simpan di tempat yang tinggi dan kuncikan di dalam kabinet. Ingat ; Berhenti, Baring dan Berguling Jika pakaian anda terkena api, berhenti di mana anda berada. Jangan lari sebaliknya baring di atas lantai/tanah. Tutup muka andadengan kedua-dua belah tangan dan berguling-guling sehingga api padam, kemudian mminta pertolonngan. 4. Kebakaran tubuh Kebakaran tubuh boleh dianggap kecacatan kepada tisu badan. Belajarlah mengenali dan bagaimana cara mengubatinya. Kebakaran darjah pertama adalah terbakar sedikit dan mudah diubati. Kebakaran darjah kedua adalah luka yang teruk ( serius ). Ini memerlukan alat-alat keselamatan yang rawatan profesional. Kesan-kesannya adalah kulit mengelembung sangat sakit dan pedih. Kebakaran darjah ketiga adalah luka yang parah dan memerlukan rawatan yang profesional dengan segera. Kesan-kesannya adalah kulit terkoyak, warna keputihan dan coklat, tisu yang rosak dikelilingi melecur sedikit dan tidak sakit pada mulanya. 5. Rawatan untuk melecur Sejukkan tempat yang terbakar. Untuk kebakaran darjah pertama dan kedua, sejukkan kawasan yang terbakar dengan air dalam masa 10 -15 minit. Ini akan menurunkan suhu kulit mangsa dan membehentikan proses pembakaran. Kesakitan akan terasa kebas dan mengurangkan bengkak. Jangan gunakan ais. Sejukkankebakarandarjah ketiga hanya dengan basahkan pakaian dengan steril sementara menunggu pamedik datang. Tanggalkan baju yang terbakar ,baringkan mangsa mendatar dan tanggalkan pakaian di mana kawasan yang tidak melekat pada kulit mangsa. Tanggalkan barang kemas dan ikat dengan kuat kawasan terbakar sebelum kaedaan bengkak timbul Menutupi kawasan terbakar, Selepas proses penyejukan kebakaran' darjah pertama dan darjah kedua, bersihkan dan keringkan kawasan yang terbakar. Jangan gunakanmentega atau apa-apa minyak ( termasuk barangan perubatan atas kulit melecur ). Ini akan menyebabkabn lkawasan melecur menjadi lebih teruk. Pendedahan kawasan yang melecur. Kumanberjangkit akan hinggap pada luka yang terbuka. Tutupkannya. Rawatan renjatan, Pastikan suhu badan mangsa normal untuk mengurangkan risiko terkejut. Tutup kawasan-kawasan yang tidak terbakar dengan kain selimut yang kering. APABILA KECEMASAN HUBUNGI 994 |
MENCEGAH KEBAKARAN DI DAPUR 1. Keselamatan kebakaran di dapur i. Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak. ii. Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar. iii. Elakkan memasak jika mengantuk, pening aatau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk 2. Kebersihan dapur i. Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resipi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiranatau di atas ruangan aktiviti memasak. ii. Pastika rak dapur sentiasa bersih.Kotoran daripada bahan masakan yang berminyak boleh disambar api. iii. Elakkan sebarang bahanmudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak. 3. Cegah kebakaran i. Makanan yang dimasak dalam mikrowave menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan penutup dengan cermat. ii. Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar menjadi stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur. 4. Keselamatan Litar Elektrik di dapur i. Gunakan satu peralatan ( jenis pemanas ) bagi soket dalam satu masa ii. Pastika fius dan memutus fius direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dansumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus. iii. Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas letrik. iv. Wayaryang pecah dan terkoyak hendaklah digantikan secepat mungkin. v. Sekiranyaperalatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan segera sambungan plug. Gantikan atau periksa peralatan tersebut 5. Memadam kebakaran di dapur. i. Kebakaran minyak Jika kebakaran berlaku dalam kuali atau periuk :- a. Padamkan api dapur b. Tutup permukaandengan tudung ( lemaskan api ) c, Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk d. Buka penutup perlahan-lahan. ii. Kebakaran Oven atau Ketuhar Jika berlaku kebakaran dalam Oven atau Ketuhar :- a. Tutup sumber lektrik b. Ubah ke tempat terbuka atau lapang c. Pastikan pintunya sentiasa tertutup. disalin semula oleh Shah PRAP Sumber : Pamplet Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran JBP Malaysia |
TIPS: Cara Menyelamat Mangsa
Matlamat :
-Untuk memberi pendedahan kepada orang awam kerja-kerja menyelamat dengan betul dan selamat
-Supaya dapat menyelamat mangsa tanpa menghadapi sebarang masalah dari tempat yang merbahaya
-Supaya dapat menenangkan keadaan mangsa
-Supaya dapat menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan teratur , licin dan berkesan
-Dapat menghindarkan bahaya yang akan diterima oleh mangsa-mangsa
Halangan semasa menyelamat :
-Keadaan tempat
-Keadaan mangsa
-Masa
-Pemandangan yang kurang jelas
-Bahang api yang panas
-Perabut yang sedia ada menjadi penghalang
-Karen elektrik yang hidup
-Gas-gas yang beracun
-dan lain-lain . .
Semua kaedah ini memerlukan kretiviti anggota penyelamat untuk memilih kaedah yang sesuai semasa membuat kerja-kerja menyelamat.
Ia juga bergantung kepada tempat kejadian , keadaan mangsa , masa dan jumlah anggota penyelamat yang ada.
( 1 ) One Rescuer Assist
Cara membawa mangsa mengalami kecederaan di sebelah kaki kiri atau kanan . Tetapi prinsip ini kurang baik kerana pembimbing mangsa akan menanggung keberatan mangsa semasa bergerak.
( 2 ) Piggy Back Carry
Satu cara mendukung mangsa dan mangsa mesti sedar serta mampu untuk berdiri semasa anda hendak mengangkatnya . Ia mestilah tidak mengalami kecederaan yang teruk
( 3 ) Front Piggy-Back Carry
Mangsa diperlakukan seperti Piggy Back Carry dan mangsa mestilah sedar dan tidak mengalami kecederaan patah tulang yang teruk .
a) Menghadap kepada mangsa dengan kedudukan berdiri
b) Masukkan tapak tangan anda di bawah ketiaknya
c ) Arahkan mangsa untuk naik serta mengepit dan menyilangkan kakinya di pinggang anda.
( 4 ) Darling Carry / Cradle Carry
Semasa menggunakan teknik ini mangsa yang sedar ataupun pengsan . Mangsa boleh diangkat atau diampu oleh tangan anda . Ia boleh diampu di dalam keadaan baring terlentang ataupun duduk .
( 5 ) Fireman's Lift / Carry
Teknik ini dugunakan dengan meluas , melainkan kepada kecemasan yang terlalu teruk . Mangsa mestilah boleh dipikul oleh penyelamat di bahunya keseimbangan dan kerjasama memainkan peranan penting di dalam penggunaan teknik ini . Teknik ini juga sesuai untuk mangsa yang pengsan .
( 6 ) Arm Lift / Back Strap Carry
Monday, 14 November 2011
Thursday, 10 November 2011
Selamat Datang
Kami warga serta AJK GRAP ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua. Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami maka bolehlah mendaftarkan diri anda sekarang.
Sekian, terima Kasih
Pengurusan
GRAP
Subscribe to:
Posts (Atom)