TANAH RUNTUH
Tanah runtuh boleh mengancam kesihatan dan keselamatan seperti berikut:
- Aliran air deras dan sisa serpihan boleh mengakibatkan pelbagai trauma
- Saluran elektrik, air, gas dan pembetungan yang pecah boleh mengakibatkan kecederaan atau jangkitan penyakit
- Jalan raya dan laluan keretapi yang musnah boleh membahayakan pemandu kenderaan dan merosakkan sistem pengangkutan
Kawasan Berisiko Tinggi
- Kawasan yang telah diubahsuai lalu merosakkan struktur tanah
- Kawasan pernah berlaku tanah runtuh sebelumnya
- Lereng curam dan kawasan di bawah lereng
- Lereng yang telah diubahsuai untuk pembinaan bangunan atau jalan raya
- Aluran sungai
Apa yang boleh dilakukan...
Sebelum hujan lebat dan ribut
- Ketahui sama ada tanah runtuh pernah terjadi dengan menghubungi pihak berkuasa tempatan kawasan anda
- Hubungi pihak berkuasa tempatan anda dan dapatkan maklumat mengenai pelan kecemasan dan mengosongkan rumah
- Buat pelan kecemasan dan pengosongan rumah untuk keluarga dan perniagaan anda
- Rancang pelan komunikasi sewaktu kecemasan kalau-kalau ahli keluarga terpisah
- Jika anda tinggal di dalam kawasan tanah runtuh, pertimbangkan untuk berpindah ke kawasan lain
Sewaktu hujan lebat dan ribut
- Dengar radio atau tonton TV untuk sebarang amaran tentang hujan lebat atau maklumat dan arahan daripada pegawai penguatkuasa
- Awasi paras air yang mendadak tinggi atau rendah di sungai atau anak sungai yang boleh menunjukkan aliran sisa serpihan dari kawasan hulu sungai
- Perhatikan jikalau ada pokok, tiang telefon, pagar atau dinding yang senget atau condong, lubang-lubang baru dan kawasan terdedah pada lereng bukit
- Dengar bunyi deram-derum yang mungkin menandakan tanah runtuh yang semakin hampir
- Berhati-hati sewaktu memandu. Jalan raya mungkin disekat atau ditutup akibat runtuhan di permukaan jalan berturap atau sisa serpihan
- Jika bahaya tanah runtuh atau aliran sisa serpihan sangat besar, cepat keluar dari laluan runtuhan tersebut. Berpindah ke tempat lebih tinggi adalah perlindungan terbaik. Jika dihampiri aliran batu dan sisa serpihan, lari untuk berlindung (seperti di bawah meja atau perabut yang kukuh)
Selepas tanah runtuh atau aliran sisa serpihan
- Jauhi dari kawasan tersebut. Banjir atau runtuhan susulan boleh terjadi selepas tanah runtuh
- Periksa sesiapa yang tercedera atau terperangkap berhampiran kawasan tersebut. Jika boleh, beri bantuan tanpa memasuki laluan tanah runtuh
- Dengar radio atau TV untuk sebarang maklumat kecemasan
- Laporkan sebarang kerosakan saluran utiliti kepada pihak berkuasa
GEMPA BUMI
Tiada sebarang amaran bila gempa bumi akan berlaku. Bagi memastikan anda telah bersedia, anda seharusnya:
- Letakkan objek-objek berat di bahagian bawah perabut supaya tidak mudah jatuh apabila berlaku gempa bumi
- Jika anda tinggal di kawasan yang terdedah kepada bahaya gempa bumi, pastikan rumah anda mempunyai asas yang kukuh
Sewaktu kejadian gempa bumi:
- Jangan keluar dari rumah. Jika anda berada di luar, jauhi daripada bangunan tinggi dan wayar elektrik
- Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau kerusi yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut
- Jauhi dari tingkap, perabut berat, cermin dan benda yang boleh jatuh dan cederakan anda
- Jika anda memandu sewaktu gempa bumi, berhentikan kereta jika ia selamat. Duduk di dalam kereta sehingga gempa bumi berhenti serta jangan memandu berhampiran jambatan atau terowong. Jangan berhenti di bawah wayar elektrik, tiang lampu, papan tanda atau pokok
- Awasi objek-objek yang jatuh. Kebanyakan orang cedera disebabkan objek yang terjatuh sewaktu gempa bumi
- Jangan guna mancis, pemetik api atau lilin. Jika terdapat gas yang bocor, anda boleh menyebabkan kebakaran atau letupan
- Jangan guna lif. Kemungkinan tenaga elektrik akan terputus di sebabkan gempa bumi dan anda akan terperangkap di dalam lif
Selepas gempa bumi, berikut adalah apa yang anda patut lakukan:
- Periksa diri anda dan orang lain jikalau ada kecederaan. Jika talian telefon tidak berfungsi, guna telefon mudah alih untuk hubungi 999 jika bantuan kecemasan diperlukan
- Periksa jika talian elektrik dan saluran air rosak. Tutup suis utama dan paip jika rosak
- Jauhi dari bangunan dan kawasan yang rosak. Anda mungkin tercedera oleh kaca pecah dan sisa serpihan
- Dengar maklumat terkini di radio
Di mana boleh dapatkan maklumat lanjut?
- Jabatan Meteorologi Malaysia menyediakan amaran awal tentang kemungkinan berlakunya fenomena cuaca buruk dan keadaan laut bergelora di samping menyediakan maklumat segera berkenaan gempa bumi di sekitar Malaysia
No comments:
Post a Comment